Friday 10 August 2012

A best place in Malaysia.


Georgetown, Pulau Pinang.

George Town or Georgetown is the capital of the state of Penang in Malaysia. Named after Britain's King George III, George Town is located on the north-east corner of Penang Island.The Georgetown metropolitan has a population of 1,253,748.

Thursday 26 July 2012

Sunday 15 April 2012

PANTUN


Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul (1961).  
Semenjak orang Melayu belum tahu surat-menyurat  pun mereka telah pandai berpantun dan biasa 
berbalas-balas pantun  antara merekaPenciptaannya terkandung dalam dua rangkapempat 
rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkaitDalam apa juga
bentuk fizikalnya pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi unsur pembayang maksud 
dan maksud.

Penciptaan Pantun
  Sastera Melayu di Malaysia dihasilkan oleh pengarang-pengarang yang kehidupan dan pemikiran mereka  dibentuk dan dipengaruhi oleh alam sekitar dan kepercayaan yang dianuti oleh merekaDalam konteks orang Melayu di Malaysia,  kepercayaan terhadap Allah ialah kepercayaan yang mutlak bagi mereka untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah s.w.tKenyataan ini dapat dilihat daripada penggunaan unsur alam dan kepercayaan kepada Allah s.w.t di dalam penyampaian mesej puisi (termasuk pantun). Unsur alam merujuk kepada elemen-elemen alam fizikal atau  alam nyata (inderawi) yang dapat dilihat, didengar, disentuh dan dirasai melalui pancaindera manusiaAlam fizikal ini merupakan satu lapisan dari seluruh alamLapisan yang lain ialah alam metafizikal yang merupakan lapisan atau bahagian alam yang tidak terlihat oleh mata kasar manusiaFenomena ini biasanya disebut sebagai alam ghaib, iaitu bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu Allah s.w.t (2006).
Unsur Alam dalam Pantun
  Sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan terdahulu, unsur alam ialah segala-gala yang boleh (berupaya) dilihat, didengar, dan dirasai (dengan deria sentuh dan perasaan) oleh insan dan makhluk yang lain.  Maksud  boleh pula ialah, manusia boleh membuat sesuatu berdasarkan kuderat dan kerelevanan pancaindera yang dimiliki oleh manusiaMereka yang cacat, mungkin tidak boleh mendengar, melihat, dan merasai seperti mereka yang normal.  Namun, kita jangan lupa, bahawa mereka yang cacat [penglihatan] mungkin lebih tajam daya imiginasi mereka berbanding dengan kita yang normal.

Hal inilah yang dikatakan bahawa mata hati mereka (yang cacat penglihatan) lebih tajam derianya (perasaan) daripada manusia yang normal.  Mereka dapat bermonolog dan bermeditasi  dengan daya imiginasi yang lebih ampuh jika dibandingkan dengan mereka yang normal penglihatannya.   Begitu juga yang cacat pendengaran, mungkin daya agakan mereka lebih tajam, iaitu seumpama lintah di dalam air yang tajam pendengaran lalu hanya dengan melalui riak dan getaran air, si lintah akan datang kepada objek yang menyebabkan kocakan atau riakan air ituDemikian juga rasa sentuhan, deria sentuh dan rasa (perasaan).  Yang cacat pendengaran dan penglihatan mungkin  lebih tajam daya rasa dan perasaan berbanding dengan insan yang normal.
Selaku manusia yang normal, kita amat bertuah kerana dengan kenormalan itu kita dapat mencetuskan idea bagi menghasilkan puisi yang baikOleh itu, penggunaan unsur alam akan dilihat lebih membawa makna yang lebih dari sekadar maknanya yang harfiahUnsur ini perlu ditafsir bagi menghayati makna yang sebenarTuntutan untuk melaksanakan tafsiran bagi menemukan makna ini memberi implikasi bahawa kesusasteraan memiliki sifat zahir dan batin atau yang tersurat dan yang tersirat  (Hashim Awang, 2002).
Muhamad Haji Salleh (1999), memberi pandangan bahawa manusia Melayu membaca dan mentafsir kejadian alam untuk memahami sesuatu yang telah berlaku atau sesuatu yang akan berlaku (ramalan).  Alam sering dilihat seperti mengetahui perasaan manusia dan menyebelahinya dalam menyediakan tanda, memberi peringatan atau pun merayakan sesuatu peristiwa dan keadaanAlam membayangkan kebenaranMaka bayangan ini selalu dicari oleh pemikir dan pengarang untuk dipindahkan ke dalam karya merekaMisalnya, unggas atau ayam akan berbunyi menandakan sesuatu (seperti manusia dan bukan manusia) akan datang dan terbit waktu fajar  pada waktu subuh

Mengikut Za’ba (1934)  perlambangan atau teknik yang sengaja menyamarkan citra dan makna adalah salah satu teknik utama sastera Melayu yang bukan sahaja digunakan dalam pantun tetapi juga dalam naratif yang lain.  Menurut pendapat Pendeta ini, hal ini demikian kerana dalam pemikiran sastera, sekurang-kurangnya pantun, hikayat dan beberapa bentuk yang berkaitan, sesuatu yang lebih  misteriusOleh itu, segala-galanya akan lebih mencabar akal fikiran khalayaknya.

.Unsur-unsur Lain dalam Pantun
 
Menurut kajianselain pencernaan pemikiran melalui alam sekitar dan persekitaran, penyair Melayu Islam yang lama (2006) menggunakan sumber yang lebih autentik dan jelas, iaitu melalui pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam al-Quran.  Karangan mereka lebih bersifat falsafah dan pemikiranSalah satu  contoh yang baik ialah Syair Ma’rifat karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkel, seperti contoh yang berikut:
Baik-baik tuan menerima
  Kepada pohon ialah seumpama
  Daun dan buah tiada sama
  Masing-masing berlain-lain nama
  Sebiji kelapa ibarat sama
  Lafaznya empat suatu makna
  Di situlah banyak orang terkena
  Sebab pendapat kurang sempurna
 Kulitnya itu ibarat syariat
  Tempurungnya itu ibarat tarekat
  Isinya itu ibarat hakikat
  Minyaknya itu ibarat makrifat


Jikalau kita amat-amati syair Ma’rifat  baris demi baris, unsur alam, iaitu pokok kelapa digunakan secara terperinci untuk menggambarkan konsepsi agama seperti tarekat dan  makrifatDemikian juga jika kita biasa mendengar bait-bait lagu nasyid yang antara lainnya berbunyi seperti yang berikut:

    Walaupun hidup seribu tahun .Kalau tak sembahyang, apa gunanya?

Mukadimah yang di atas dan beberapa sub topik yang berikutnya bukanlah tujuan kertas 
kerja ini disediakanPengenalan yang diberi di atas bertujuan supaya pembaca 
memahami asal-usul terciptanya karya puisi yang di dalamnya termasuklah pantun.  
Oleh yang demikian, perhatian pemakalah ditumpukan kepada  kaedah atau cara 
(definisi yang diskopkan pemakalah) pantun dicipta oleh pengkaryanya.