Sunday 19 February 2012

PENGIMBUHAN & PEMAJMUKAN


3.3 Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

3.3.1 Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan)
Kata dasar
Kata terbitan
Pem-
bawa
pembawa
Memper-
kuat
memperkuat
-isme
nasional
nasionalisme
-i
dekat
dekati
Peng-.....-an
isytihar
pengisytiharan
Men-.....-i
ikut
mengikuti
Ke-...-an
sihat
kesihatan
Ber-....-an
lari
berlarian
-er-
gigi
gerigi
-em-
gilang
gemilang



Kata Dasar
Imbuhan
Kata Terbitan
libat
terlibat
keterlibatan
lanjur
terlanjur
keterlanjuran
balik
terbalik
menterbalikkan
sambung
sinambung
kesinambungan

 

Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarangmelalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-anmenerbitkan kepengarangan.

Kata Dasar
Imbuhan
Kata Terbitan
libat
terlibat
keterlibatan
lanjur
terlanjur
keterlanjuran
balik
terbalik
menterbalikkan
sambung
sinambung
kesinambungan

  
3.3.2 PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas.Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

3.3.2.1 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

(a) Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga
- berurus niaga
cari gali
- mencari gali
reka bentuk
- direka bentuk
daya serap
- daya serapan
(b) Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,
Contohnya :
lipat ganda
- melipatgandakan
surat khabar
- persuratkhabaran
urus niaga
- diurusniagakan
ibu bapa
- keibubapaan

3.3.2.2 Penggandaan Kata Majmuk

Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
Contohnya :
rumah sakit
- rumah-rumah sakit
guru besar
- guru-guru besar
Raja Muda
- Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor
- Timbalan-timbalan Naib Canselor
Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.
Contohnya :
setiausaha
- setiausaha-setiausaha
jawatankuasa
- jawatankuasa-jawatankuasa
tanggungjawab
- tanggungjawab-tanggungjawab

4.0 PROSES PENGGANDAAN

Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa, dan
3. Penggandaan berentak.

4.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :

· Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah
·                     sekolah-sekolah
makan
·                     makan-makan
besar
·                     besar-besar
baju
·                     baju-baju
· Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya :
pelari
·                     pelari-pelari
perbualan
·                     perbualan-perbualan
kekasih
·                     kekasih-kekasih
kejadian
·                     kejadian-kejadian

4.2 Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :
· pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :






Sunday 12 February 2012

Morfologi & Pembentukan Kata



 Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

1.1 Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

2.0 Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal danmeninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar danbaju – baju.

2.1 Pengimbuhan Kata
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

2.2 Pemajmukan Kata
Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

2.3 Penggandaan Kata
Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

3. Definisi Imbuhan

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,akhiranapitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.


Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.


3.1 Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.
3.1.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu
Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
3.1.2 Awalan
Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnyaber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
3.1.3 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.
3.1.4 Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalamdi+ikut+i,
3.1.5. Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.

3.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa asing merupakan kelaziman. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b. Perkataan Bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
c. Kegemaran menggunakan bahasa asing.
d. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
Peminjaman unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
a. huruf atau sistem tulisan
b. bunyi-bunyi
c. imbuhan
d. kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
e. struktur ayat.
Jenis-jenis peminjaman
a. peminjaman tulen (matematik, bonus)
b. peminjaman kacukan (kasut but)
c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
e. peminjaman kuno (purnama)
f. peminjaman berpindah (vokal/vowel)
Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris
Bunyi-bunyi Asing
Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sanskrit.
Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi seperti /sy/ dan /sw/ seperti dalam perkataan syurga, swadaya, swasta, swalayan dan swasenyawa.
Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi pula.

Imbuhan Asing
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.

Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran. Lihat jadual di bawah.

Sumber
Jenis Imbuhan
Imbuhan
Contoh Perkataan
Sanskrit
awalan
maha-
maharaja, mahaguru, mahasiswa
pra-
prakata, prasangka, prauniversiti
tata-
tatacara, tatarakyat, tatasusila
swa-
swasta, swadaya, swalayan
eka-
ekabahasa, ekafungsi, ekanada
dwi-
dwibahasa
panca-
pancaindera, pancalogam,.
akhiran
-man
seniman, budiman
-wan
karyawan, hartawan
-nita
biduanita
-wati
seniwati, angkasawati
Arab-Parsi
Awalan
bi-
binomial, biadab, bimormal
Akhiran
-i
abadai, insani, akhiri
-wi
duniawi
-iah
ilmiah
-in
hadirin
-ah
ustazah
-at
hadirat
Inggeris-Eropah
Awalan
anti-
antibiotik, anti-Yahudi
pro-
prokerajaan, pro-Amerika
poli-
poliklinik
auto-
autonomi, autograf
sub-
subgolongan, subbidang
supra-
supranasional, suprakelas
Akhiran
-al
klinikal, kritikal, praktikal
-isme
idealisme, nasionalisme

  • Pengaruh Bahasa Inggeris

Aspek Pinjaman

Kosa kata:
lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas, lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio, reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.
Pinjaman Nahu
Kata pemeri: Ialah dan adalah (is)
Pinjaman Peribahasa:
Beban kerja (work load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where there's a will there's a way).