Sunday, 26 February 2012
Sunday, 19 February 2012
PENGIMBUHAN & PEMAJMUKAN
3.3 Proses
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat
bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda.
Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk
kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah
pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.
3.3.1 Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini,
apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada
pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut
diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.
Imbuhan (Awalan)
|
Kata dasar
|
Kata terbitan
|
Pem-
|
bawa
|
pembawa
|
Memper-
|
kuat
|
memperkuat
|
-isme
|
nasional
|
nasionalisme
|
-i
|
dekat
|
dekati
|
Peng-.....-an
|
isytihar
|
pengisytiharan
|
Men-.....-i
|
ikut
|
mengikuti
|
Ke-...-an
|
sihat
|
kesihatan
|
Ber-....-an
|
lari
|
berlarian
|
-er-
|
gigi
|
gerigi
|
-em-
|
gilang
|
gemilang
|
Kata Dasar
|
Imbuhan
|
Kata Terbitan
|
libat
|
terlibat
|
keterlibatan
|
lanjur
|
terlanjur
|
keterlanjuran
|
balik
|
terbalik
|
menterbalikkan
|
sambung
|
sinambung
|
kesinambungan
|
Sebahagian besar proses pengimbuhan
berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang
dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses
pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya,
dapat dilahirkan pengarangmelalui imbuhan peN-. Pengarang
pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan
kepengarangan.
Kata Dasar
|
Imbuhan
|
Kata Terbitan
|
libat
|
terlibat
|
keterlibatan
|
lanjur
|
terlanjur
|
keterlanjuran
|
balik
|
terbalik
|
menterbalikkan
|
sambung
|
sinambung
|
kesinambungan
|
3.3.2 PROSES PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata
dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai
contoh, kerusi dan malas masing-masing
mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata
majmuk kerusi malas.Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua
kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi
yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi
untuk malas.
3.3.2.1 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti
kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu
:
(a) Apabila kata majmuk menerima awalan
atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga
|
- berurus niaga
|
cari gali
|
- mencari gali
|
reka bentuk
|
- direka bentuk
|
daya serap
|
- daya serapan
|
(b) Apabila kata majmuk menerima apitan,
ejaannya menjadi bercantum,
Contohnya :
lipat ganda
|
- melipatgandakan
|
surat khabar
|
- persuratkhabaran
|
urus niaga
|
- diurusniagakan
|
ibu bapa
|
- keibubapaan
|
3.3.2.2 Penggandaan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh mengalami proses
penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama
sahaja.
Contohnya :
rumah sakit
|
- rumah-rumah sakit
|
guru besar
|
- guru-guru besar
|
Raja Muda
|
- Raja-raja Muda
|
Timbalan Naib Canselor
|
- Timbalan-timbalan Naib Canselor
|
Satu kekecualian ialah penggandaan yang
melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku
kepada keseluruhan perkataan.
Contohnya :
setiausaha
|
- setiausaha-setiausaha
|
jawatankuasa
|
- jawatankuasa-jawatankuasa
|
tanggungjawab
|
- tanggungjawab-tanggungjawab
|
4.0 PROSES PENGGANDAAN
Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata
dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak
bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1. Penggandaan penuh,
2. Penggandaan separa, dan
3. Penggandaan berentak.
4.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang
mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
· Yang melibatkan
kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah
|
·
sekolah-sekolah
|
makan
|
·
makan-makan
|
besar
|
·
besar-besar
|
baju
|
·
baju-baju
|
· Yang melibatkan kata dasar yang
menerima imbuhan.
Contohnya :
pelari
|
·
pelari-pelari
|
perbualan
|
·
perbualan-perbualan
|
kekasih
|
·
kekasih-kekasih
|
kejadian
|
·
kejadian-kejadian
|
4.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian
kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu
:
· pada kata dasar tunggal dan lazimnya
melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada
bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses
pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat
digambarkan seperti yang berikut :
Sunday, 12 February 2012
Morfologi & Pembentukan Kata
Bidang
Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa
unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain
dalam golongan yang sama.
1.1 Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam
bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 :
83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata
itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan
definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117, morfologi ialah
bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk
perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004
:43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan
susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang
bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz,
dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah
menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat
daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan
fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan
bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung
untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam
buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang
morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan
cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan
pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi
adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam
bukunyaLanguage yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol,
Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi
adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen –
konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.
2.0 Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Pembentukan Kata dalam
bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk
perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih.
Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara
pengimbuhan ialah meninggal danmeninggalkan. Contoh
perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat
khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan
ialah besar – besar danbaju – baju.
2.1 Pengimbuhan Kata
Pengimbuhan Kata ialah
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata
terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan.
Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata
terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata
adjektif.
2.2 Pemajmukan
Kata
Pemajmukan Kata ialah
proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu
unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
2.3 Penggandaan Kata
Penggandaan Kata dalam
bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian,
kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata
dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi
tertentu.
3. Definisi Imbuhan
Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan
dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata
terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang
dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai
cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang
ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan,
apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat
empat jenis imbuhan, iaitu awalan,akhiran, apitan,
dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata
dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata
kerja, dan kata adjektif.
Nik Safiah Karim dan rakan (1996)
: Proses pembentukan
kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan
sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan
perkataan melibatkan pengimbuhan.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di
dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses
pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan
sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan
timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.
3.1
Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan
dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu
imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam
daripada bahasa asing.
3.1.1
Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu
Imbuhan-imbuhan
yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat
jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
3.1.2
Awalan
Imbuhan
yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya.
Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-,
dan lain-lain. Misalnyaber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
3.1.3
Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian
belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.
3.1.4
Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata
dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata
dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalamdi+ikut+i,
3.1.5.
Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar.
Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk,
-in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling dan –em-, dalam g+em+uruh.
3.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Peminjaman usur-unsur bahasa (terutamanya perkataan) bahasa
asing merupakan kelaziman. Terdapat unsur-unsur asing dalam bahasa Melayu.
a. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan
memberikan nama am atau khsusu kepada benda, perkara (fenomena)
b. Perkataan
Bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.
c. Kegemaran
menggunakan bahasa asing.
d. Perkataan
asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding bahasa Melayu sedia ada
yang mungkin sudah lapuk, atau kerana sikap mengaggungkan bahasa asing
.Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab.
Peminjaman
unsur asing oleh bahasa Melayu dapat dilihat dari segi peminjaman:
a.
huruf atau sistem tulisan
b.
bunyi-bunyi
c.
imbuhan
d.
kosa kata sepertiperkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan
e.
struktur ayat.
Jenis-jenis
peminjaman
a.
peminjaman tulen (matematik, bonus)
b.
peminjaman kacukan (kasut but)
c.
peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam)
d,
peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).
e.
peminjaman kuno (purnama)
f.
peminjaman berpindah (vokal/vowel)
Susur galur
peminjaman kata-kata adalah seperti berikut:
Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris
|
Bunyi-bunyi Asing
Daripada bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu, memang
terdapat pinjaman daripada bahasa-bahasa Arab, Inggeris dan Sanskrit.
Daripada bahasa Sanskrit, kita dapati bunyi
seperti /sy/ dan /sw/ seperti dalam perkataan syurga, swadaya, swasta,
swalayan dan swasenyawa.
Daripada bahasa Arab dan Parsi terpahat pula, terdapat
bunyi-bunyi seperti dalam jadual di bawah. Bunyi /sy/ yang dipinjam daripada
bahasa Sanskrit diperteguh dengan meminjamnya daripada bahasa Arab dan Parsi
pula.
Imbuhan
Asing
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada
tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan Inggeris-Eropah.
Imbuhan yang dipinjam terdiri daripada awalan dan akhiran.
Lihat jadual di bawah.
Sumber
|
Jenis
Imbuhan
|
Imbuhan
|
Contoh
Perkataan
|
Sanskrit
|
awalan
|
maha-
|
maharaja,
mahaguru, mahasiswa
|
pra-
|
prakata,
prasangka, prauniversiti
|
||
tata-
|
tatacara,
tatarakyat, tatasusila
|
||
swa-
|
swasta,
swadaya, swalayan
|
||
eka-
|
ekabahasa,
ekafungsi, ekanada
|
||
dwi-
|
dwibahasa
|
||
panca-
|
pancaindera,
pancalogam,.
|
||
akhiran
|
-man
|
seniman,
budiman
|
|
-wan
|
karyawan,
hartawan
|
||
-nita
|
biduanita
|
||
-wati
|
seniwati,
angkasawati
|
||
Arab-Parsi
|
Awalan
|
bi-
|
binomial,
biadab, bimormal
|
Akhiran
|
-i
|
abadai,
insani, akhiri
|
|
-wi
|
duniawi
|
||
-iah
|
ilmiah
|
||
-in
|
hadirin
|
||
-ah
|
ustazah
|
||
-at
|
hadirat
|
||
Inggeris-Eropah
|
Awalan
|
anti-
|
antibiotik,
anti-Yahudi
|
pro-
|
prokerajaan,
pro-Amerika
|
||
poli-
|
poliklinik
|
||
auto-
|
autonomi,
autograf
|
||
sub-
|
subgolongan,
subbidang
|
||
supra-
|
supranasional,
suprakelas
|
||
Akhiran
|
-al
|
klinikal,
kritikal, praktikal
|
|
-isme
|
idealisme,
nasionalisme
|
- Pengaruh Bahasa Inggeris
Aspek Pinjaman
Kosa kata:
lokap, komen, polis, saman, notis, doktor, warden, bas,
lori, kelas, sarjan, lesen, tenis, elaun, aiskrim, opera, motokar, radio,
reformasi, demokrasi, nepotisme, teknologi, sains, komputer.
Pinjaman Nahu
Kata pemeri:
Ialah dan adalah (is)
Pinjaman
Peribahasa:
Beban kerja (work
load), bulan madu (honey moon), ulat buku (book worm), hitam
putih (black and white), di mana ada kemahuan di situ ada jalan (where
there's a will there's a way).
Subscribe to:
Posts (Atom)