Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa
Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis“langage-langue”;
Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.
Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk
menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana
istilah economics, physics dan lain-lain.
- Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)
Linguistik
ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang
diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.
Linguistik
dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu
yang dilihat, dirasa, didengar.
STRUKTUR BAHASA
Menurut Levi Strauss (1963: 279),
(1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga
perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan
bagi semua unsur lain.
Istilah struktur dan sistem lebih
tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa,
iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis
Struktur dapat
dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut
susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.
Mengkaji
struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan leksikologi, atau gabungan
subdisiplin itu sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik.
fonologi: ciri bunyi
bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim
dengan fonemik.
morfologi: struktur
kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
sintaksis: hubungan
antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.
semantik: makna bahasa
sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal
ataupun konteks.
leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai
aspek.
No comments:
Post a Comment